UNIT SUKAN SMK KELADI
Blog ini mengandungi maklumat tentang kegiatan sukan yang dijalankan di SMK Keladi
Sunday, October 9, 2011
Tuesday, September 27, 2011
KARNIVAL 1 MURID 1 SUKAN SMK KELADI TAHUN 2
|
1. PENGENALAN
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi sekolah (SPTS).
Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.
2. MATLAMAT
Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.
3. OBJEKTIF
Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti berikut:
3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;
3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;
3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;
3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;
3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal;
3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan
3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
4. TARIKH PELAKSANAAN
4.1 Sabtu 23 dan 24 Oktober 2011
5. TEMPAT
5.1 Padang
5.2 Gelanggang Serbaguna
5.3 Dewan Waja
5.4 Gelanggang Petanque
6. PENYERTAAN
6.1 Guru-Guru SMK Keladi
6.2 Pelajar SMK Keladi
6.3 Staf Sokongan SMK Keladi
7. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
Kategori
Acara
| Lelaki | Perempuan | |||||||
16 TKB | Pasukan / Individu | 14 TKB | Pasukan / Individu | 16 TKB | Pasukan / Individu | 14 TKB | Pasukan / Individu | ||
1 | Bola Sepak | P | 1 | P | 1 |
| |||
2 | Bola Jaring | - | P Terbuka ( 4 Pasukan ) | ||||||
3 | Bola Tampar | P | 1 | P | 1 | P | 1 | P | 1 |
4 | Bola Baling | P | 1 | P | 1 | P | 1 | P | 1 |
5 | Badminton Individu | P | 2 | P | 2 | P | 2 | P | 2 |
6 | Ping Pong Individu | P | 2 | P | 2 | P | 2 | P | 2 |
7 | Sepak Takraw | P | 1 | P | 1 |
| |||
8 | Catur | P Terbuka ( 2 Orang Peserta ) | P Terbuka ( 2 Orang Peserta ) | ||||||
9 | Petanque | P Terbuka ( 1 Pasukan ) | P Terbuka ( 1 Pasukan ) |
Peraturan Umum :
Bola Sepak ( Lelaki ) - 8 pasukan ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 pasukan kategori 16 TKB
dan 1 pasukan bagi kategori 14 TKB )
· Pertandingan 9 Sebelah ( pendaftaran 12 orang )
· Diadakan secara kalah mati
· Masa permainan 7 + 1+ 7
· Jika seri pemenang ditentukan melalui jaringan penalti
( 3 + sudden death )
Bola Jaring ( Perempuan ) - 4 pasukan ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 pasukan – terbuka )
· Pertandingan 7 Sebelah ( pendaftaran 10 orang )
· Masa permaian _______ minit
· Diadakan secara kalah mati
Bola Tampar ( L & P ) - 16 pasukan ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 pasukan lelaki
dan 1 pasukan perempuan bagi kategori 16 TKB dan 14 TKB )
· Pertandingan 6 Sebelah ( pendaftaran 8 orang )
· Diadakan secara kalah mati
· Kiraan mata pusingan awal dan akhir - 25 ( Best of 3 )
Bola Baling ( L & P ) - 16 pasukan ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan
perempuan bagi kategori 16 TKB dan 14 TKB )
· Pertandingan 7 Sebelah ( pendaftaran 10 orang )
· Diadakan secara kalah mati
· Masa permainan 7 + 1 + 7
· Jika seri pemenang ditentukan melalui jaringan penalti
( 3 + sudden death )
Badminton ( L & P ) - 32 peserta ( Setiap Rumah Sukan menghantar 2 orang pemain lelaki dan 2
orang pemain perempuan bagi kategori 16 TKB dan 14 TKB )
· Pertandingan perseorangan
· Pusingan awal ( 1 Set 30 mata )
· Pertandingan Akhir ( Best of 3 - 21 mata )
· Diadakan secara kalah mati
Ping Pong ( L & P ) - 32 peserta ( Setiap Rumah Sukan menghantar 2 orang pemain lelaki dan 2
orang pemain perempuan bagi kategori 16 TKB dan 14 TKB )
· Pertandingan perseorangan
· Pusingan awal ( 1 Set 20 mata )
· Pertandingan Akhir ( Best of 3 - 11 mata )
· Diadakan secara kalah mati
Sepak Takraw ( L ) - 8 regu ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 regu bagi kategori 16 TKB
dan 14 TKB )
· Pertandingan 3 sebelah ( regu ) / ( pendaftaran 4 orang )
· Pusingan awal ( 30 mata )
· Pertandingan akhir ( Best of 3 )
· Diadakan secara kalah mati
Catur ( L & P ) - 16 peserta ( Setiap Rumah Sukan menghantar 2 orang peserta bagi kategori
Lelaki Terbuka dan 2 orang peserta bagi kategori Perempuan Terbuka )
· Pertandingan diadakan secara kalah mati
· Masa ditentukan oleh JK Pertandingan
Petanque ( L & P ) - 8 pasukan ( Setiap Rumah Sukan menghantar 1 pasukan bagi kategori Lelaki
Terbuka dan 1 pasukan bagi kategori Perempuan Terbuka )
· Setiap pasukan terdiri daripada 4 orang pemain
· Peraturan-peraturan lain ditentukan oleh JK Pertandingan
* Semua peraturan umum yang dinyatakan di atas adalah sebagai garis panduan kepada guru-guru. JK pertandingan boleh melakukan perubahan mengikut kehendak masing-masing jika dirasakan perlu.
7.1 HADIAH
Kategori
Acara
| L16 | L14 | P16 | P14 | Jumlah | |||||
J | NJ | J | NJ | J | NJ | J | NJ | |||
1 | Bola Sepak | 12 | 12 | 12 | 12 | - | - | - | - | 48 |
2 | Bola Jaring | - | - | - | - | 10 | 10 | - | - | 20 |
3 | Bola Tampar | 8 | 8 | 8 | 8 | 8 | 8 | 8 | 8 | 64 |
4 | Bola Baling | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 10 | 80 |
5 | Badminton Individu | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 16 |
6 | Ping Pong Individu | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 16 |
7 | Sepak Takraw | 4 | 4 | 4 | 4 | - | - | - | - | 16 |
8 | Catur | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 2 | 16 |
9 | Petanque | 4 | 4 | - | - | 4 | 4 | - | - | 16 |
|
JUMLAH | 292
|
8. ANGGARAN PERBELAJAAN ( KEWANGAN )
BIL
|
BUTIRAN KEPERLUAN |
KUANTITI |
RM /UNIT |
RM |
JUMLAH |
1. | HADIAH PINGAT | 292 pingat | 5.00 | 1460.00 | 1460.00 |
2. | Bulu Tangkis | 2 Tabung | 52.00 | 104.00 | 1564.00 |
3. | Banner | 1 | 60.00 | 60.00 | 1624.00 |
9. JAWATANKUASA INDUK PENGELOLAAN KARNIVAL PERMAINAN 1M1S
Pengerusi : Tn. Hj Rusdin bin Husin
( Pengetua )
Timb. Pengerusi : Pn. Hasmah bt Abdullah
( PK Ko Kurikulum )
Naib Pengerusi 1 : En. Mat Isa bin Ibrahim
( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 2 : En. Roslan bin Don
( PK HEM )
Setiausaha : En. Peragas Nadason ( Setiausaha Sukan )
P. Setiausaha : En. Abdul Halim bin Abdul Majid
Penyelaras : Pn. Khalilah bt Mohd Sharip
Bendahari : Pn. Norlida bt Ahmad Zainuddin
AJK : Penasihat Kelab-Kelab Permainan
: JK Pertandingan & Perangkaan
( Pn. Khalilah / Pn. Mohana Rani )
: JK Teknik & Peralatan Am
( En. Peragas / En. Abdul Halim )
: JK Hadiah, Cenderamata , Sijil & Tajaan
( Pn. Norazinah Yaacob / Cik Mas Muniroh )
: JK Pertolongan Cemas
( En. Zaini / Pn. Zeslinda )
: JK Kawalan Keselamatan & Disiplin
( Pn. Zabariah / Cik Rofizah )
: JK Kebersihan
( En. Push Padasan / En. Mohd Hafizuddin )
: JK Seranta & Publisiti
( Tn.Haji Abd Zulqurnain / En. Mohammat Nawawi )
: JK Siaraya
( En. Mohd Harith Fadilah )
: JK Makanan dan Minuman
( Pn. Zuraini / Pn. Ku Atikah )
: JK Dokumentasi
( En. Roslan Hassan / Pn. Zuraihan )
: JK Buku Program
( Cik. Mas Muniroh )
10. JAWATANKUASA KECIL PENGELOLAAN
Bil | Jawatankuasa
| Diskripsi Tugas |
10.1 | Penasihat Kelab-Kelab Sukan & Permainan Kelab Bola Sepak / Sofbol 1. En. Rosdi bin Ramle 2. En. Rosmizi bin Rahim Kelab Bola Jaring 1. Pn.Aida Nazuria bt Zainal Abidin 2. Pn. Hafizah bt Hamzah / Pn. Farahwahida Kelab Bola Tampar 1. En. Tan Ewe Beng 2. Pn. Chan Su San Kelab Badminton 1. Pn. Loh Siow Yunn 2. En. Ravintharan 3. Tn Syed Akmal Adham bin Syed Ali Kelab Sepak Takraw 1. Tn. Hj. Yaakob bin Abdul Rahman 2. En. Mohd Nordin bin Saga Ambalam Kelab Ping Pong 1. Pn. Chan Sau Chan 2. En. Roslan bin Hassan Kelab Catur 1. Pn. Zeslinda bt Abdullah 2. Pn. Zuraihan bt Yusuf Kelab Bola Baling 1. En. Abdul Halim bin Abdul Majid 2. Pn. Fauzana bt Rohmatullah Kelab Petanque 1. Pn. Norlida bt Ahmad Zainuddin 2. Pn. Norazinah by Yaacob
| a. Membentuk JK Kecil Pengelola di kalangan pelajar tingkatan 6. i. Urusetia ii. AJK Teknik & Peralatan Am iii. AJK Pertandingan & Perangkaan b. Menyusun jadual & atucara pertandingan mengikut keperluan masa. e. Menyediakan borang-borang pertandingan. f. Mengelola dan memantau semasa pertandingan berlangsung. g. Mengesahkan keputusan dan menandatangi borang keputusan sesuatu pertandingan. h. Menghantar keputusan pertandingan kepada JK Induk Pertandingan & Perangkaan untuk dianalisis, disahkan dan direkod.
|
10.2 | Pertandingan & Perangkaan
1. Pn. Khalilah bt Mohd Sharip 2. Pn. S. Mohana Rani 3. Pn. Seemasangeeta
| a. Mengenalpasti acara yang dipertandingkan. i. Acara Perseorangan ii. Acara Beregu iii. Berpasukan b. Menyelaras jadual dan peraturan pertandingan. c. Mengumpul, menganalisis, mengesahkan dan merekod keputusan pertandingan. d. Sebahagian daripada JK Rayuan untuk menyelesaikan sesuatu bantahan/rayuan. e. Menyediakan borang-borang pertandingan : i. Borang Penyertaan ii. Borang Pertandingan iii. Borang Keputusan Pengadil iv. Borang Keputusan Pencatat v. Borang Keputusan Rasmi
|
10.3 | Teknik & Peralatan Am 1. En. Peragas Nadason 2. En. Abdul Halim 3. Semua guru penasihat kelab-kelab permainan
| a. Memastikan bahawa padang, gelanggang dan kemudahan pertandingan mencukupi, berkeadaan baik dan disediakan mengikut piawaian yang betul. b. Menyediakan borang-borang pertandingan : c. Membantu JK Kecil Pengelolaan melantik pengadil pertandingan dan pembantu-pembantu lain. d. Berkuasa penuh dalam arena bagi memastikan kelancaran pertandingan.
|
10.4 | Hadiah, Cenderamata, Sijil & Tajaan
1. Pn. Norazinah by Yaacob 2. Cik. Mas Muniroh bt Ramli 3. Pn. Zalihatun
| a. Menyediakan anggaran perbelanjaan. b. Mengenalpasti jumlah hadiah yang akan ditempah. c. Menyusun aturcara majlis penyampaian hadiah. d. Menyediakan pembantu semasa majlis penyampaian hadiah. e. Mengenalpasti dan memaklumkan terlebih dahulu dif-dif yang akan menyampaikan hadiah. f. Memastikan agihan hadiah / cenderamata adalah tepat. g. Mengenalpasti syarikat-syarikat & individu-individu yang berpotensi untuk memberi sumbangan berupa barangan atau wang tunai. h. Berhubung dan membuat surat rasmi permohonan tajaan atau sumbangan. i. Bekerjasama dengan bendahari untuk penyelesaian masalah berkaitan prosedur dan perekodan.
|
10.5 | Pertolongan Cemas
1. En. Zaini 2. Pn. Zeslinda
| a. Menentukan badan pertolongan cemas yang akan menjalankan tugas-tugas kecemasan. b. Menganggarkan jumlah petugas yang diperlukan. c. Menyediakan jadual tugasan para petugas. d. Menyediakan peralatan kecemasan.
|
10.7 | Kawalan Keselamatan & Disiplin
1. Pn. Zabariah bt Mamat 2. Pengawas-pengawas
| a. Menganggarkan jumlah petugas yang diperlukan. b. mengenalpasti lokasi yang memerlukan kawalan & keselamatan. c. Memastikan tiada gangguan semasa pertandingan berlangsung. d. Menyediakan pelan tindakan kecemasan. |
10.8 | Kebersihan
1. En. V. Push Padasan 2. En. Mohd Hafizuddin
| a. Menyediakan plastik sampah yang mencukupi di lokasi strategik. b. Memastikan arena pertandingan dalam keadaan bersih dan teratur. (sebelum, semasa dan selepas pertandingan) c. Bekerjasama dengan AJK Kecil pengelola pertandingan. d. Memastikan sampah dikumpul di tempat yang dikhaskan. |
10.9 | Seranta & Publisiti
1. Tn. Hj. Abd Zulqurnain bin Hassan 2. En. Mohammat Nawawi
| a. Menjalankan kerja-kerja publisiti. Contoh : Poster atau banner b. Menyediakan kain sepanduk. c. Menggantung kain sepanduk di lokasi strategik. |
10.10 | Siaraya 1. En. Mohd Harith Fadilah
| 1. Memasang peralatan siaraya dan memastikan siaraya berfungsi dengan baik semasa karnival ( jika diperlukan). 2. Bersiap sedia jika ada kemungkinan peralatan yang disediakan tidak berfungsi. 3. Menyediakan peralatan siaraya semasa majlis perasmian pembukaan dan penutupan |
10.11 | Makanan dan Minuman
| 1. Menyediakan minuman pegawai dan para jemputan/pegawai/pembantu padang/pelajar 2. Memilih pembantu untuk menguruskan minuman pegawai di padang dan gelanggang serta dewan |
10.11 | Dokumentasi 1. En. Roslan bin Hassan 2. Puan Zuraihan bt Yusof
| 1. Merakamkan/mengambil gambar semasa Karnival 1M1S 2. Mendokumentasikan peristiwa semasa Karnival dijalankan. 3. Menyediakan Buku Dokumentasi Karnival 1M1S |
10.12 | Buku Program 1. Cik. Mas Muniroh 2. | 1. Menyediakan brosur ( brochure ) untuk Karnival 1M1S. 2. Sediakan salinan yang secukupnya untuk diberikan kepada para jemputan , guru-guru dan salinan fail |
11. MAJLIS PELANCARAN RASMI
11.1 Cadangan majlis pelancaran rasmi:
11.1.1 En. Rusdin bin Husin ( Pengetua SMK Keladi )
11.1.2 Tarikh : 23 Oktober 2011
11.1.3 Hari : Ahad
11.1.4 Masa : 7.30 pagi
12. MAJLIS PENUTUPAN RASMI
12.1 Cadangan majlis penutupan rasmi:
12.1.1 En. Rusdin bin Husin ( Pengetua SMK Keladi )
12.1.2 Tarikh : 24 oktober 2011
12.1.3 Hari : Isnin
12.1.4 Masa : 12.30 tgh